Tuesday, June 8, 2010

~~Doa~~


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
Ya Allah,
sebagai mana
Engkau pernah menghantar burung² ababil
untok menghancurkan tentera bergajah
musrikin.
maka kami memohon padamu Ya Allah,
turunknlah bantuan mu kali
ini kepada orang² Islam di Palestin,
hancurkanlah rejim zionis sedahsyat
dahsyatnya
..Amin Ya Robal Alamin

Saturday, February 20, 2010

Sedutan khutbah Jumaat hari ini (19 feb). Semoga bermanfaat.


Muslimin Yang Dikasihi Sekalian,



Pada 19 Februari 2010 pihak berkuasa mengadakan Hari Anti Dadah Kebangsaan sebagai peringatan bahawa dadah menjadi ancaman utama kesejahteraan masyarakat dan negara. Hakikatnya bukan dadah, penagih dan pengedarnya sahaja, malah gejala maksiat lain seperti ketagihan arak, ketagihan seks, bersyubhat melakukan kezaliman dan penipuan, tahi judi, jenayah rasuah, salah guna kuasa juga adalah sebahagian dosa besar yang menjadi musuh utama negara dan agama Islam. Pada prinsipnya mereka yang terlibat dengan maksiat dan perbuataan berdosa besar telah hilang kewarasaan akal kerana merosakan nama baiknya dan menimbulkan kegelisahaan dalam masyarakat. Perbuatan-perbuatan ini sebenarnya semakin menjauhkan diri seseorang daripada Allah.

Kadangkala dengan hanya satu perbuatan maksiat sahaja boleh menghancurkan nilai kehidupan dan menyebabkan kerugian sepanjang hayat di dunia dan akhirat. Oleh itu, usaha membanteras, memerangi maksiat dan perbuatan berdosa tidak boleh dibuat berdasarkan kes-kes terhad atau oleh agensi tertentu tetapi perlu dibuat secara menyeluruh di seluruh negara selari dengan kehendak syariat Allah.

Selari dengan Islam sebagai Agama Persekutuan dan kebimbangan kita terhadap perkembangan maksiat di negara ini setiap hari, maka amat wajar sekali mimbar menyeru Satu Malaysia, seluruh ibu bapa dan anggota masyarakat berusaha dengan ikhlas memerangi maksiat.

Bagaimana pun mimbar amat sedih kerana terdapat segelintir umat Islam yang mengakui dirinya dan melafaz dibibir bahawa Islam adalah agama yang baik, solat itu baik, kalimah Allah adalah hak Islam tetapi secara diam-diam mengatakan dalam hati dan fikirannya bahawa maksiat itu adalah urusan individu dan mereka tiada upaya melawan kehendak nafsu demi memperkukuhkan kepentingan diri sendiri.

Mimbar mengingatkan bahawa pencemaran jiwa dan hilang kewarasan akal telah menggugat Satu Malaysia dalam usaha memerangi maksiat. Sabda Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir:

Maksudnya: “Ingat! Sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal darah, Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya, Ingatlah! Itulah hati.” (Hadith Muttafaqun ‘Alaih)



Berdasarkan hadith tadi, jelas jiwa yang tercemar telah menyesatkan dan memalingkan hati manusia menjauhi Allah SWT. Satu lagi perkara yang saling kait mengait dengan hati yang menjadi penghalang Satu Malaysia memerangi maksiat ialah hawa nafsu. Firman Allah dalam surah Saad, ayat 26:

Maksudnya: “Wahai Daud, sesungguhnya kami telah jadikan kamu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan benar; dan janganlah kamu menurut nafsumu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan jalan Allah itu.”



Muslimin Yang Dikasihi Sekalian,



Mimbar ingin mengingatkan kepada penegak-penegak maksiat dan pengamal dosa besar, jangan berseronok dengan perbuatan keji dan bergembira melihat mangsa diperlaku dengan zalim. Setiap perbuatan keji itu ada pembalasan yang setimpal dengannya sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Di samping itu, mereka juga akan menghadapi kesan buruk sewaktu menghadapi saat kematian atau sakaratulmaut. Firman Allah dalam surah al-Waaqi’ah, ayat 88-89:

Maksudnya: “Kesudahannya jika ia (yang mati itu) dari orang Muqarrabiin. Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta syurga kenikmatan.”



Mereka yang dipermudahkan dan disenangkan ketika menghadapi nazak ialah mereka yang beriman dan beramal kebajikan secara ikhlas. Allah mengutus berpuluh-puluh Malaikat Rahmat untuk menghibur hatinya ketika menghembuskan nafas terakhir, berpisah meninggalkan anak isteri dan keluarganya sehingga dia menghadapi mati dengan tenang, mudah, bahagia dan gembira. Manakala bagi orang yang terlibat dengan dosa besar dan maksiat menghadapi kesukaran dan keperitan yang bertindih-tindih ketika nazak. Firman Allah dalam surah al-Qiyamah, ayat 29:

Maksudnya: “Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih.”.



Orang yang yang disukarkan nazak ialah orang yang mendustakan agama, tidak mengerjakan solat, sombong dan jahat, serta bergelumang dengan dosa demi dosa. Ketika menghadapi nazak atau sakarataulmaut itu, Allah memperlihatkan kepada dirinya segala dosa yang dilakukan, seluruh penderitaan zahir dan batin mangsa-mangsa perbuatannya dikumpulkan dan ditayangkan kepadanya ketika menghadapi saat kematian. Kalau dia membunuh diperlihatkan perbuatan pembunuhan itu. Jika dia menzalimi orang, maka diperlihatkan kezaliman yang dilakukan.

Di dalam beberapa hadith disebutkan mereka juga dijerkah oleh Malaikat Maut dan diperlihatkan kepadanya azab seksa api neraka. Keperitan dan kesakitan menghadapi sakaratulmaut menyebabkan mati dalam keadaan kufur tidak sempat mengucap dua kalimah syahadah. Malah kadangkala di pertunjukkan kelakuan buruk kepada ahli-ahli yang hadir menziarahinya yang menjatuhkan nama baik dan pangkat yang diperolehi. Dengan demikian berwaspadalah dan jagalah tingkahlaku semasa kita hidup.

Keperitan sakaratulmaut tidak dapat dibayangkan dan tidak dapat dibandingkan dengan kesakitan di dunia ini. Rasulullah sendiri merasakan sakitnya di waktu saat kematiannya sehingga baginda membasahi sehelai kain dengan air kemudian mengusapi diwajahnya sambil bersabda, “ Tiada Tuhan melainkan Allah. Sesungguhnya bagi setiap kematian itu ada sakaratulmaut. Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi sakaratulmaut”. Walaupun Rasulullah SAW terpelihara daripada dosa, namun baginda juga meninggal dunia seperti orang lain menghadapi proses sakaratulmaut, menghadapi kesakitan apatah lagi kita manusia yang tidak dapat lari melakukan perbuatan berdosa.



Muslimin Yang Dikasihi Allah,



Mengakhiri khutbah mimbar menyeru jemaah dan umat Islam sekalian, ingatlah dan insaflah semasa masih sihat, masih berkuasa dan bertenaga, marilah kita Satu Malaysia memerangi maksiat, Satu Ummah mendekatkan diri kepada Allah dengan terus kekal bertaqwa kepada Allah. Untuk menghindarkan diri kita dari kesukaran menghadapi sakaratulmaut, nazak yang perit yang tidak dapat dibayangkan kesukaran di saat kematian, marilah kita sekalian mempertebalkan keimanan kepada Allah, memperbanyakan amal kebajikan, menjalankan tugas dengan jujur, menjauhi segala perbuatan berdosa dan maksiat.



Maksudnya: “Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya) .” (Surah al-Jumu’ah:8)

al Wahan.


Rasulullah SAW pernah bersabda mafhumnya:
"Seluruh manusia akan mengelilingi kamu (umat Islam) bagaikan yang kebulur mengelilingi hidangan makanan.

Lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah?

Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai laksana buih di lautan. Allah akan mencabut gerun daripada hati musuh terhadap kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu dengan perasaan al wahan.

Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahan itu? Ujar Baginda: Al-wahan ialah cintakan dunia dan takutkan mati."

(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

~al Wahan~


Al-wahan ialah cintakan dunia
dan takutkan mati
.

Salam


Welcome to my blog.

The Dominion